Sabtu, Disember 26

Cerita waktu Cuti..


Esok pagi dah start kelas..hmm x taula dah start belajar ke x..lecturer masuk lagi ke x..tp esok pagi baru nak balik Nilai hehe..rasa x puas bercuti pon ada..

Sepanjang cuti selain berbz mengikuti program-program dan berjalan-jalan...kesempatan berada di rumah digunakan sepenuhnya bermesra bersama keluarga..bagi rakan-rakan yang sedia lama mengenali saya, saya merupakan seorg yg byk cakap. Suka bercakap dan sentiasa bercakap serta sgt bersemangat bila bercakap..hmm habit yg boleh jadi agak buruk jika bercakap yg tidak kena pada tempatnya. Tapi kat rumah, mmg saya plg suka bercakap, meluahkan segala perasaan biasanya mak saya jd mangsa. Sampai berebut-rebut saya dan adik-adik nak bercerita dgn mak..memang tersgt la kecoh..kdg2 sumer kitorg adik beradik bercerita serentak hehe..mak ni jenis kdg2 layan jela..sumtymes kalo x larat just cakap.."hmm..yelah2".. ..(anak-anak dah besar pon leh buat mak pening kepala..hehe..)sedang mak bz membuat keje umah ..saya akan sentiasa mengekori mak kesana kemari..utk bercerita dan terus bercerita, bercerita tentang subjek yg dibelajar, cerita tentang kawan-kawan, cerita pasal isu semasa, komplen macam-macam dan mcm2 lagi cerita..Memang dgn mak saya jujur dan saya suka cerita segala2nya yg lahir dari hati, x de rahsia-rahsia, apa aktiviti saya pon mak mmg tahu ...Memang best bercerita dgn mak..mak pon byk bg respon.. memberi nasihat-nasihat, berkongsi pelbagai petua-petua dan pengalaman hidup dia masa muda dulu2.

Masa duk bersama-sama teman di rumah sewa di Taman Anggerik Umah color pink.. pon kecoh juga..setiap kali berkumpul bersama..pasti nk bercerita apa saja, apa yg berlaku sewaktu kuliah, pasal subjek yg dibelajar, komen-komen tentang isu semasa, tentang pengalaman-pengalaman dan lain-lain cerita yg menarik yg melucukan( yg pasti x de unsur-unsur mengumpat yer)..yg plg lawak..semua org nk bercerita serentak,.malah berebut-rebut nk bercakap..di sambut ketawa yg kadang boleh berderai air mata..kerana tiap2 kami ada seni dan character tersendiri..ada yg jns ckpnya laju, ada yg jenis excited, ada jenis bersahaja..ada yg jenis buat lawak, tgk muka dia pon dah rasa lawak rasa geli hati rasa nak ketawa guling-guling hehe...rasa hilang stress satu hari..

Selain enjoy bercerita dan bercerita, sewaktu saya juga memantapkan skill memasak-masak di rumah..hehe kalau di rumah sewa saya jarang mempamerkan skill memasak-masak..saya suka makan apa yg dimasak oleh kawan-kawan..just tolong-tolong sikit atau menyumbangkan duit saje..saya akui bila bersama kawan2 mereka selalu ingat yg saya ni x pandai memasak, memang muka saya pon org kdg2 x percaya yg saya ni boleh memasak dan menguruskan hal-hal rumah. Mereka melihat saya hanya tahu belajar je..( padahal x la excellent sgt pon....) hmm x pela..x kisah la apa pndgn mereka..apa yg penting kini saya rasa gembira saya dah boleh memasak hampir 20 jenis resepi dan byk lagi sbny kalo saya lebih rajin lagi hehe...saya akui saya x la sehebat seperti mak saya. penangan air tangan mak saya mmg x terkira lazatnya..hmm rutin hari-hari selepas berjoging, saya dan mak akan memasak bersama..Mak biasanya menyediakan bahan-bahan...Saya pula menyambung tugas memblender , menumis dan goreng-goreng. Kalau buat kuih muih, kek, pasta mmg saya x pandai x hebat..tp boleh memasak lauk pauk melayu dan sebenarnya ia mudah sebab bahan-bahan asas dia adalah bawang dan cili kering yang telah siap digiling...sambil memasak-masak juga saya akan bercerita-cerita dgn mak lagi...

Selain masak2, bercerita, satu lagi aktiviti ialah mengajar adik sy yg bongsu..so next year dia nk UPSR, mak minta tlg kitorg yg besar2 nih curahkan ilmu. Adik saya ngajar maths and science dan saya pula mengajar subjek-subjek bahasa melayu, inggeris dan penulisan karangan..Saya sebenarnya x minat mengajar2 ni..skill pon x de..lepas tu adik sy yg bongsu ni jenis x duduk diam, goyang sana sini, buat degil-degil, mengada-ngada mmg suntymes agak menggeramkan..stail adik sy ni nk ada org duduk sebelah baru nk belajar..huhu dan stail saya plak kalo mengajar mmg sgt tegas, sgt garang, suara pon automatik jadi besar mcm ala-ala guru disiplin..sampai adik saya komen " Akak ni cam Kak Ros dlm cerita Upin Ipin laa..garang sgt.." huhu..saya x kisah la apa -apa gelaran nk diberikan pon..yg pntg hasrat saya ialah, biarlah dia lebih cemerlang dan lebih baik dr kitorg nih..ada -ada masa lapang saya suka belikan dia buku-buku cerita yg berkualiti utknya..saya suruh dia baca..saya slalu bg kata-kata motivasi padanya, saya mmg suka memotivasikan org walau kdg-kdg diri sendiri x termotivasi..hehe :) dan Alhamdulillah..pencapaian adik saya dlm penulisan dlm sebulan ni saya kira dah nampak ada improvement, saya tekankan utk setiap jenis bentuk karangan..dia sekarang semakin byk dan minat membaca..hasil kegarangan saya ini agak berbaloi dan memberi impak yg baik..hehe Semoga dia memperoleh 5A dlm UPSR 2010 hehe Ameen..tidak mustahil!


Baca Selanjutnya......

Isnin, Disember 21

Keputusan Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan 2009



Untuk Lihat Keputusan Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan sila klik dibawah :

Sumber : Persatuan Peguam Syarie Malaysia...

Pada hari Sabtu dan Ahad, 12 dan 13 hb Disember 2009, USIM dengan kerjasama PGSM telah menganjurkan Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan 2009 Antara Universiti. Sebanyak 13 pasukan menyertai pertandingan ini. Tahniah kepada USIM kerana memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan ini...sempena 10 tahun usia USIM, banyak merangkul pencapaian yang membanggakan dan dapat memberi satu nafas inspirasi dan aspirasi kepada seluruh warga USIM..syabas dan tahniah!!!....

"Bergembira Bersama USIM" ;););) hehe...



Rasa hati Aqeeda :

-Rasa ada keinginan nak join mooters..hehe ;p;p
-Terpesona tgk mereka/peserta ni berhujah..mereka semua hebat-hebat dan terbaik
-Kalah menang adat pertandingan, apa yang penting manfaaat dan keuntungan mereka perolehi ialah dengan pertandingan sebegini banyak ilmu semakin bertambah kerana kes yang dibicarakan adalah berdasarkan Harta Sepencarian, maka byk isu yang timbul seperti harta hibah, harta KWSP, perkaitan dengan nusyuz dan lain-lain merupakan sesuatu yang baru buat saya dan mengetuk minda saya..
-Bila terbit isu-isu begini saya berasa seolah-olah saya masih lagi cetek dlm ilmu syariah ini even 6 tahun dah belajar masih lagi byk perlu di cari gali.
-Byk pengetahuan perlu diterokai

Baca Selanjutnya......

Cebisan Kisah Sedih...

Tinggal kenangan....




TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada
jam 1.05 minit tengah hari.



KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar. Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.

Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

Sumber:Berita Harian

ALOR SETAR :Arwah kata hendak balik cepat sebab hendak solat Jumaat di Perlis. Memang nampak kelainan pada arwah sebab semuanya dia hendak buat dengan cepat termasuk akad nikah.

Demikian cerita Siti Aishah Baharom, 58, ibu mentua kepada Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, selepas menghadiri majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan kelmarin.

Menurut Siti Aishah, mereka terkilan kerana arwah menantunya itu tidak sempat melihat pelamin selepas majlis akad nikah berlangsung walaupun beberapa kali diajak oleh isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23.

Pada hari itu juga, arwah kelihatan agak pendiam berbanding kebiasaan, katanya yang masih sugul ketika ditemui di Taman Kancil Fasa 3 di sini semalam.

Teh Afifah pula hanya sempat menjadi pengantin selama tiga jam apabila suaminya, Mohd. Ariff maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas sekolahyang turut mengorbankan bapa dan ibunya, Ab. Kadir Awang, 53, Habsah Othman, 58, dan rakannya, Mohd. Farhan Musa, 18.

Dalam pada itu, Siti Aishah memberitahu, Teh Afifah seperti tidak seronok beberapa hari sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.

Anak perempuan saya ada cakap dia susah hati dan dia tidak lalu makan serta mengalami sakit badan beberapa hari sebelum itu.

Sebagai seorang ibu, saya dapat lihat wajah dia seperti tidak seronok seperti bakal pengantin lain. Mungkin itu petunjuk akan berlaku sesuatu, cuma kita sahajayang tidak tahu takdir Allah, ujarnya sedih.

Sumber : kosmo online...

Rasa Hati Aqeeda :

-Betullah, jodoh dan ajal maut itu ketentuan Tuhan. Sukar sekali utk diduga...

-Hmm..agak lambat post benda ni.....walaupapapon saya berdoa agar semoga Saudari kita tabah menerima ujian dari-Nya..laayukallifullahunafsanillwus'aha...

-ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami...[18:10]( http://profiles.friendster.com/19191240)


Baca Selanjutnya......

Jumaat, Disember 18

Buku hari ini...

Satu lagi buku yang baru saja dibeli oleh ibu saya. Ini lagi satu karya oleh Prof Mohd Kamil. Saya baru sedang membacanya..masih belum habis lagi...ayat-ayatnya amat menginsafkan kita. Rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih lagi mengurniakan dan tidak menarik Hidayah dan Iman dari diri kita..

Doa ku..

Ya Allah
Sesungguhnya kami memohon pada mu akan segala yang menyebabkan kami mendapat rahmat Mu

dan segala yang menyebabkan kami memperolehi Pengampunanmu
selamat daripada segala dosa dan memperolehi keuntungan daripada segala kebajikan
serta mendapat kemenangan dengan syurga
Dan bebas daripada seksaan api neraka mu...

( Riwayat At-Tirmizi)



Baca Selanjutnya......

Selasa, Disember 15

Apa lah nak jadi dengan zaman sekarang ni..


Tadi, terbaca tentang Berita di akhbar Berita Harian, budak 14 tahun merakam asmara bersama dengan 5 lelaki...dan mungkin lain-lain berita lagi yang seumpamanya mungkin kita dah rasa telah terbiasa mendengar/membacanya..itu berita / cerita yang disiarkan di dada-dada akhbar belum dikira lagi kes-kes salah laku yang berlaku yang mana mungkin lebih dahsyat dari yang sedia kita dengar...


Persoalannya, apakah faktor ia berlaku?? Kenapa ia boleh berlaku?? jika anak-anak , lahir dikalangan keluarga yang kuat beragama, yang berpelajaran tinggi, yang menitik beratkan disiplin dan sahsiah, yang keturunannya adalah baik-baik,telah dibekalkan ilmu, telah diberi didikan agama dan lain-lain..tetapi masih lagi boleh melakukan perbuatan-perbuatan/salah laku yang buruk, tercemar dan terkutuk, apakah Ibu bapa masih tetap dipersalahkan?? Apa dosa Ibu bapa kita semua?? Kenapa bangsa melayu khususnya diselaputi dengan dilema sebegini?? Apakah kekurangannya???


Mungkin kita tidak dinafikan pengaruh di luar rumah sangat hebat sengatannya..selain faktor pemilihan rakan sebaya, faktor media massa turut memainkan peranan besar dalam isu ini. Jika kita lihat filem-filem melayu terkini..melihat poster dia sahaja dapat menggambarkan..banyak memaparkan elemen-elemen seperti adegan asmara lelaki dan perempuan yang sangat berlebih-lebihan sampai ke bilik tidur ( perlu ke aksi-aksi sampai ketahap begitu sekali??kalau zaman tok nenek moyang dulu ia dikira sangat aib untuk cerita hal-hal bilik tidur ini), belum lagi aspek-aspek lain dikira seperti adab-adab, cara pakaian, cara percakapan, Aqidah dan sebagainya. Contoh-contoh filem seperti Anak Halal, Bohsia, Jalang dan lain-lain entah apa-apa tajuknya yang langsung tidak memaparkan elemen-elemen yang membangunkan akal pemikiran kita terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja. Bahkan filem-filem tersebut sebenarnya adalah meruntuhkan lagi maruah dan martabat bangsa melayu itu sendiri. Filem-filem tersebut boleh memberi gambaran seolah-olah itulah rupanya bangsa melayu, perangai orang melayu, citarasa orang melayu, betapa amat malunya..orang-orang terutamanya bangsa-bangsa lain mungkin boleh membuat persepsi yang sedemikian..tidak sedarkah kita??


Begitu juga dengan paparan channel hiburan dan nyanyian yang terlalu banyak, ada yang sampai rancangan hiburan itu diulang tayang berkali-kali..malah rancangan yang menggalakkan kanak-kanak untuk terheret sama ke kancah dunia hiburan dan nyanyian yang melekakan dan yang sebenarnya tidak memberikan sebarang faedah dan kebaikan untuk masa depan mereka. Melihat kanak-kanak menari-nari tergedik-gedik dan terkinja-kinja, adakah itu suatu yang baik?? adakah itu dinamakan satu pencungkilan bakat?? Bagus sebenarnya hajat untuk mencungkil bakat kanak-kanak atau remaja, tetapi biarlah berpada-pada, kalau boleh terbitkan lah rancangan yang membina pemikiran dan memberi manfaat. Mungkin boleh stesen-stesen tv boleh memikirkan untuk menerbitkan rancangan-rancangan yang membina dengan sedikit penyesuaian yang menarik seperti Akedemi Pidato ke Kuiz Rekacipta ke..dan lain-lain..Mana tahu dengan rancangan sebegini dapat menjadikan kanak-kanak lebih cerdik dan dapat melangkau lebih jauh lagi..



Kini.. lihatlah kalau kita ziarah mana-mana rumah/ kadang-kadang balik kampung ke, biasanya tidak dinafikan Channel tv yang dipaparkan adalah Channel-Channel nyanyian yang tidak berkesudahan..Akibatnya otak dan akal kita, anak-anak kita menjadi lesu, kurang cerdas,kurang berfikir dan menjadi malas berfikir. Sesetengah kanak-kanak yang terlalu asyik dengan menonton tv, sehingga kadang-kadang menjadikan mereka terlalu leka, adakalanya menjadikan mereka boleh menderhaka kepada ibu bapa..kenapa saya kata ia boleh jadi menderhaka?? contohnya bila si ibu memanggil nama anaknya sehingga berulang kali untuk menyuruh sesuatu seperti solat atau mengajak untuk makan bersama atau meminta si anak mengangkat kain baju di ampaian, si anak itu buat-buat tidak dengar dan mengendahkan panggilan ibu bapa. Kadang-kadang mereka boleh jadi bertambah degil lagi dengan memberi alasan "nanti sekejap..sekejap lagi..." Dengan terlalu asyiknya melihat rancangan televisyen, boleh menyebabkan mereka mengabaikan amalan-amalan kewajipan seperti solat, belajar dan lain-lain. Kalau sudah sampai ke tahap begini, bagaimana hukumnya dari segi agama??...tidak mustahil ia boleh jatuh kepada hukum haram kerana ia sampai ke tahap mengabaikan solat dan menderhaka pada ibu bapa.


Selain tayangan hiburan , ditambah pula tingkah laku atau pakaian -pakaian artis mahupun selebriti yang sering dijolokkan dengan istilah sebagai public figure konon-kononnya. Pakaian-pakaian mereka terutama artis wanita hari ini yang ditonjolkan banyak meniru trend fesyen selebriti Holywood iaitu imej seperti berkemban, menayang dada, menayang bahagian belakang, menayang betis dan peha dan lain-lain tayangan. Kelihatan mereka ini sungguh berbangga dengan penampilan mereka. Mereka anggap ini sesuatu yang biasa, yang 'ok'.Mereka ini kebanyakan nya orang melayu dan mengaku dirinya Islam. Mana perginya budaya timur dan kesopanan??Ini memberi kesan buruk kepada mental masyarakat terutama kanak-kanak / remaja-remaja yang terdedah dengan fesyen dan gambar mereka. Kanak-kanak dan remaja-remaja ini boleh mudah terpengaruh dan memberi galakan untuk mereka tidak menutup aurat, untuk 'free hair', 'free body', seksi dan lain-lain.


Persoalannya lagi dimanakah peranan undang-undang perfileman / tayangan / Lembaga Penapisan untuk mengatasi masalah ini?? Seingat saya, sewaktu zaman 1980-an dan 1990-an, sewaktu zaman Menteri Penerangan Datuk Mohamed Rahmat, contohnya, mana-mana artis lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan nyanyian mereka atau lakonan mereka diterbitkan di RTM. Ada segelintir artis di gam oleh stesen tv tertentu kerana imej dan penampilan mereka. Tetapi bagaimana dengan suasana hari ini?? Tidak dinafikan, kebanjiran stesen tv swasta yang meliputi hiburan kita. Mereka lebih memikirkan dan mengutamakan keuntungan lumayan dari mengutamakan pembinaan sahsiah dan sosial masyarakat. Sampai bila-bila pun saya jangkakan isu ini tidak akan berkesudahan malah sentiasa berpanjangan dan menjadi lebih teruk lagi .


Mungkin bagi kita yang dewasa, yang berakal ini yang ada ilmu, boleh membuat pilihan, boleh menentukan apa yang baik dan apa yang tidak. Tetapi, bagaimana dengan kanak-kanak dan -anak muda yang masih mentah akal fikirannya yang masih cetek ilmunya?? Zaman moden hari ini telah memperlihatkan tribulasi-tribulasi dan liku-liku ibu bapa masa kini dalam mendidik dan mengasuh anak-anak untuk menjadikan insan yang soleh dan yang terbaik utk mewarisi tampuk pemerintahan negara...


Baca Selanjutnya......

Sabtu, Disember 12

Mana Satu Pilihan Hati..


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..” Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. Secret Admire“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.


Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.


Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.


Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” “Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” Redha


“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Komen Aqeeda...:


1) Cerita diatas tidak ada kena mengena langsung sekali dengan kehidupan dan diri saya..sesaje suker2 tampal kat blog nih..

2) Cerita ni macam baca best ..boleh jadi pengajaran bg sesiapa terutamanya mereka yg bercinta dan sedang buat pilihan..atau berasa keliru tentang bercinta dalam Islam tu bagaimana sebenarnya...

3) Hmm..saya rasa tujuan saya berblog ni macam dah tersasar jauh skit..huhu..i need to turn back..
4) Ya Allah jadikanlah diriku ini mencintai dan dicintai oleh orang-orang yang beriman...ameen..


Baca Selanjutnya......

Ahad, November 29

Sempena Aidiladha..





Komen Aqeeda :

Hmm..dah lama da x baca buku-buku/ novel-novel..selama ni pon baca buku-buku berkaitan dgn subjek pelajaran sahaja. Igt cuti-cuti ni nak khatam buku John Grisham's..huhu...

Tentang buku diatas...Rasa nya ramai kot dah baca buku ni.. Saya je agak ketinggalan..Tidak dinafikan..tiap-tiap mereka yang pernah ke tanah suci..pasti melalui pelbagai pengalaman yang menarik..dan x dapat dilupakan seumur hidup

Best baca buku ni..Penulisnya menceritakan tentang pengalamannya...bagaimana Allah membuka pintu hatinya..memberikan Hidayahnya..dan mengirimkan kad jemputan istimewa kepada penulis sbg Tetamu Allah..tulisan-tulisan dalam buku ini mengetuk hati pembaca..sukar utk diungkapkan..





Baca Selanjutnya......

Khamis, November 26

Hanya Tuhan Yang Tahu


Aku minta Kepada TUHAN setangkai bunga segar,
Ia beri kaktus berduri.
Aku minta kupu2,
diberi ulat berbulu,
Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian,
kaktus itu berbunga, indah sekali.
Dan ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik.
Itulah jalan TUHAN, indah pada maseNYA!
TUHAN tdk memberi apa yg kite harapkan,
tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan..

Kadang kita sedih, kecewa, terluka,
tetapi jauh diats segalanya DIA mengatur
yg terbaik dlm kehidupan kite..


Rasa hati Aqeeda..>

Sempena hari raya Qurban ini...
Semoga dapat lebih mengerti dan menyingkap erti sebenar pengorbanan
Walaupun kadangkala pengorbanan itu sangat memberatkan
Selamat hari raya aidiladha...

hehe... menu untuk hari raya kali ini adalah nasi minyak dan ayam masak merah hehe..
Sekejapnya masa ku di rumah kerana setelah itu kembali ke kampus kerana ada program mooting syariah peringkat kebangsaan..

Bila tgk gambar kaabah..tgk orang buat umrah ..haji..bila la pula aku akan berpeluang akan dapat kad jemputan daripada-Nya..mudah-mudahan ada rezeki ku ya Allah..


Baca Selanjutnya......

Isnin, November 23

Harta Bukanlah Segala-galanya


Allah berfirman yang bermaksud : Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (Surah Ali-‘Imran: 14)

SHEIKH Sya'rawi berkata: Tajuk yang datang dalam ayat mulia ini ialah pertembungan peperangan Islam yang Allah SWT jadikannya sebagai tanda berkekalan untuk menjelaskan kepada kita bahawa peperangan, keimanan memerlukan hanya kembali kepada Allah SWT dan memutuskan dari segala adab dan tabiat antaranya syahwat dunia.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: "Allah SWT menceritakan kepada kita berkenaan dengan perhiasan kepada manusia dan kelazatan dengan mengikut susunan ujian dan fitnah yang paling banyak."

ii. Al-Samarkandi berkata: "Syaitan yang menghiaskan sebagai ujian kepada orang yang beriman dengan cara was-was. Disebut dengan wanita dahulu kerana ia sebesar-besar fitnah yang berlaku sejak zaman Adam a.s hingga ke hari ini. Antara bentuk fitnah tersebut boleh memutuskan silaturrahim dan pergaduhan.

Ulama telah khilaf berkenaan dengan nilai qintar atau muqantarah:

- Mujahid berkata, jumlahnya 70 ribu dinar.
- Abu Hurairah berkata, 12 ribu uqiah.
- Muaz bin Jabal berkata, 1,200 uqiah. Ini juga pendapat Ibn Umar, Asim bin Abi al-Nujud dan al-Hasan.
- Sebahagian mereka berkata, sebanyak duit emas yang diletak dalam belulang lembu. Ini pendapat Abu Nadrah dan Abu Ubaidah.
- Al-Dhahaq berkata, harta yang banyak.
- Dikatakan jumlahnya 1,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 12,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 1,200 dinar. Ini adalah pendapat al-Hasan.
- Dikatakan jumlahnya 40,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 60,000 dinar.
- Dikatakan jumlahnya 70,000 dinar. Ini pendapat Ibn Umar dan Mujahid.
- Dikatakan jumlahnya 80,000 dinar. Ini pendapat Said bin Musaiyib dan Qatadah.
- Jumlahnya 8,000 misqal seperti kata al-Suddi.
- Jumlahnya 7,000 dinar seperti kata Ata'
- Mengikut hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: satu qintar bersamaan 12,000 uqiah. Sedangkan riwayat yang lain menyebut sebanyak 12,000 uqiah.

iii. Ibn Jauzi berkata: "Semua yang disebut ini menjadi niat pada hamba untuk memakainya dan menjadi buruk akibat jika niatnya tidak baik."

iv. Sheikh Sya'rawi berkata: "Apabila kita mengkaji ayat ini yang disebut berkenaan dengan kepelbagaian nikmat dari itu peperangan yang memerlukan perpisahan dengan keluarga hendaklah tidak menghalang oleh nafsu syahwat. Sehingga akhirnya orang yang beriman sejati mampu bersedekah pada jalan Allah SWT dan kudanya digunakan untuk berjihad pada jalan Allah SWT bagi meninggikan kalimahnya."

v. Al-Maraghi berkata: "Kecintaan terhadap kaum wanita disebut dahulu daripada kecintaan terhadap anak-anak padahal perasaan rasa cinta terhadap wanita adakala tidak kekal, sedangkan perasaan cinta terhadap anak akan berkekalan kerana kecintaan terhadap anak tidak akan membawa sikap berlebih-lebihan sebagaimana rasa kecintaan terhadap mana-mana wanita.

"Seseorang yang mencintai isteri dan anaknya mempunyai sebab yang sama, iaitu untuk meneruskan keturunan dan mengekalkan zuriat manusia. Ia mengandungi suatu hikmah yang tersendiri, sama ada pada manusia atau haiwan."

vi. Hamka berkata: "Di sini terdapat tiga kata. Pertama Zuyyina, ertinya diperhiaskan. Maksudnya, segala barang yang diingini itu ada baiknya dan ada buruknya, tetapi apabila keinginan telah timbul, yang kelihatan hanya eloknya saja dan lupa akan buruk atau susahnya.

Kata kedua ialah Hubb, ertinya kesukaan atau cinta. Kata ketiga ialah Syahwat, iaitu keinginan-keinginan yang menimbulkan selera yang menarik nafsu buat empunya diri.

Maka disebutlah enam macam hal yang manusia sangat menyukainya kerana hendak mempunyai dan menguasainya sehingga yang nampak oleh manusia hanyalah keuntungannya saja.

vii. Al-Sonhadji berkata: "Manusia itu telah diciptakan oleh Allah SWT mempunyai watak atau tabiat semula jadi menyukai nafsu syahwat kepada enam perkara yang disebutkan dalam ayat ini. Segala kelazatan di dunia yang diciptakan oleh Allah SWT, dibolehkan hamba-hamba-Nya menyukai untuk dikecapi dan dinikmati keinginannya dengan diberikan-Nya pula batasan halal haramnya..

Dari Koleksi Tulisan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Rasa Hati Aqeeda Mumtazah :

  • Tidak dinafikan harta adalah antara elemen yang penting dalam melengkapi kehidupan kita. Tetapi, dalam kesibukan kita mengerjakan urusan dunia dan mencari harta, kita perlulah perbetulkan niat bahawa harta bukanlah suatu matlamat utama tetapi sebagai suatu wasilah dalam menjalani hidup.
  • Perlu ada kesederhanaan..dan keseimbangan dalam menguruskan hal ehwal duniawi dan ukhrawi
  • Memang manusia tidak pernah puas mengecapi nikmat duniawi..Oleh itu, kita perlu mempunyai keimanan dan rasa mujahadah yang kuat untuk menepis hawa nafsu dan godaan dunia yang melalaikan.

Baca Selanjutnya......

Ahad, November 8

Profil Sheikh Dr. Wahbah Zuhaili

Sheikh Dr. Wahbah (kiri) wtih Ust Lutfi ( my usul fiqh lecturer)


Seorang ulama' asal dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan).

Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam.




Karya beliau yang termasyhur ialah :


al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.




Karya-karya beliau yang lain ialah:


1. Tafsir al-Munir


2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami


3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh


4. Qissah Quraniyyah


5. at-Tafsir al-Wajiz






Baca Selanjutnya......